Rasa Sebuah Nikmat Sihat Dari Tuhan

4 09 2015

Sudah lama saya tidak menulis berkenaan perjalanan saya menuju tuhan. Sampai lupa apa pasword untuk update blog saya ini. Alhamdulillah insyaAllah saya akan kerap menulis. Moga Allah kuatkan saya.

Baru-baru ini saya mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Almaklumlah saya nie bekerja menggunakan komputer. Maka penggunaan mata yang banyak sangat boleh mengakibatkan pening.

Bila pening, mulalah segala benda menjadi tidak kena. Hendak tidur pun payah. Mahu xmahu saya minta bantuan isteri untuk urutkan saya. Sampai kurang sikit, dan boleh tidur malam jadinya.

Esoknya kembali pulih seperti biasa. Saya sungguh bersyukur kepada Allah. Namun satu suara yang tidak disangka-sangka berkata-kata dalam hati saya.

“Kita tidak akan merasa nikmat sihat jika tidak pernah merasa sakit. “

Termenung sejenak memikirkan kata-kata tersebut. Memang benarlah, kenikmatan sihat tidak akan dapat kita rasai tanpa kehadiran sakit. Kesakitanlah yang akan membuatkan kita amat bersyukur dengan kesihatan. Sesungguhnya setiap satu perasaan itu Allah tidak jadikannya sia-sia. Maka beruntunglah kalian jika memahami kenikmatan sebuah kesihatan.

Wallahua’lam





Hikmah Mengapa Doa Semuanya Tidak Makbul

12 06 2013

Pernah saya mendengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus di Youtube berbicara mengenai Tidak semua doa itu mkbul. Beliau ada memberi suatu perumpamaan yang menarik iaitu bayangkanlah hampir semua manusia di bumi ini meminta kapal terbang, ataupun kereta yang mahal-mahal, maka dijalan-jalan raya akan penuh la kereta, sehingga xboleh bergerak langsung.

Sesungguhnya Allah maha adil didalam membuat sebarang keputusan. Dan segala tindakan Allah sungguh bijaksana dan menyeluruh.

Adakala Allah bukan tidak makbulkan cumanya Allah menangguhkan masa dan ketika yang sesuai. dan hadis ada menyebut sebab-sebab doa tidak ijabah

Rasulullah SAW bersabda, ”Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan.” Seorang sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru?” Rasulullah menjawab, ”Ia mengatakan, ‘aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan’, sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu.” (HR Muslim).





Hudud

29 09 2011

Pada semesta yang lepas merupakan satu semesta pendek yang pertama yang saya ikuti ketika belajar PJJ di satu universiti di ibukota Malaysia. Di semesta itu saya ambil subjek Tamadun Islam dan Asia yang merupakan subjek wajib yang perlu diikuti untuk menamatkan pengajian saya di Universiti. Dan banyak bab yang dibicarakan didalamnya termasuklah hukum hudud dan relevannya di Malaysia sekarang ini.

Apabila ada dikalangan pentadbir sebuah negeri di Malaysia yang telah mewujudkan sekolah harapan bagi menempatkan remaja-remaja yang telah terlanjur. Antara tujuan utama mengelakkan mereka dari membuang bayi yang dilahirkan serta mengelakkan mereka menghadapi tekanan di atas cemuhan rakan-rakan dan masyarakat. Maka di sekolah inilah tempat yang sesuai untuk mereka meneruskan pembelajaran disamping dapat membimbing mereka kearah yang lebih baik.

Kelihatan cara ini sungguh mulia, tetapi adakah gejala membuang bayi ataupun gejala sosial yang lain dapat selesai dengan cara ini. Tetap tidak berubah, malahan semakin meningkat dan meningkat. Adakah hanya cara ini sahaja yang mampu dilaksanakan dikala gejala sosial di kalangan remaja semakin hilang kawalan.

Oleh itu, di kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara inilah ada membincangkan satu subjek yang hangat dan mungkin begitu tersisih di Malaysia iaitu hudud. Ramai yang kurang memahami akan maksud hudud. Saya tidak akan menjelaskan secara terperinci namun jauh di lubuk hati saya, merasakan cara ini(hudud) sahaja yang dapat membendung penyakit kronik yang dialami oleh masyarakat sekarang. Mungkin ramai yang melihat hudud ini begitu zalim untuk dijalankan. Yea lah, hukum memotong tangan akan dikenakan kepada pesalah yang disabitkan kesalahan mencuri. Rotan 100 kali bagi penzina yang sudah berkahwin dan banyak lagi. Perspektif ini menjerumuskan kita melihat hudud seperti tidak relevan pada zaman sekarang.

Ok, mari kita lihat sejarah dahulu dan sekarang. Hudud ketika diamalkan di zaman rasulullah menjadikan zaman itu begitu aman dan tenteram. Tiada kerisauan yang harus ditempohi oleh masyarakat dahulu. Sehinggakan para peniaga boleh meninggalkan barang perniagaan mereka ketika azan berkumandang menandakan waktu solat sudah tiba dan mereka akan bergegas untuk menunaikan solat. Tetapi sekarang, setelah mengambil pakai undang-undang selain dari undang2 Allah, maka lihat lah zaman ini. Lihatlah begitu ramai polis direkrut untuk menjaga keselamatan Awam. Namun jenayah semakin menjadi-jadi.

Dan pegawai pencegah maksiat pun ditubuhkan, dan hukuman yang didapati bersalah dengan dakwaan zina, sekadar dikenakan hukuman wang ringgit yang sangat murah. Pencegah Maksiat yang ditubuhkan oleh jabatan agama islam negeri, namun menghukum menggunapakai undang2 kafir, adakah itu sesuatu yang boleh diterima. Jabatan yang ditugaskan menegakkan hukum Allah, menghukum dengan undang2 selain dari undang2 Allah. Dan kesannya, mereka yang ditahan tersenyum selepas membayar saman akibat ditangkap berzina.

Sedih rasanya melihat suasana di zaman ini. Saya pun bukan seorang yang layak untuk memberikan nasihat, tetapi mengapa ada sistem yang terbaik telah di turunkan Allah, namun kita masih lagi menggunakan akal dan sistem orang kafir untuk membuat undang2 selain dari undang2 Allah. Mungkin Kelak, Allah akan melaknat bumi kita, seperti mana yang dilakukan oleh umat-umat dahulu yang engkar kepada Allah. Adakah kita mampu menghadapi azab Allah nanti. Moga-moga kita diselamatkan….