Tasauf itu sebahagian dari Islam

15 02 2009

Sungguh lama saya tidak mengupdate blog saya ini, bukan tidak mahu update mungkin kesibukan terhadap dunia yang mengehadkan saya melakukan sedemikian, benar saya ini bukanlah seorang insan yang sempurna, namun mencari kesempurnaan itu adalah matlamat saya.

Dahulu sebelum berkecimpung ke dalam bidang tasauff saya tidak tahu apakah sebenarnya ilmu tasauff ini, pernah juga terdengar dari mulu orang yang berbicara tasauff ini adalah ilmu yang sangat tinggi, sehingga sukar untuk difahami oleh orang awam. Adakalanya ada yang beranggapan boleh jadi gila isim kalau belajar ilmu tasauff ini, tapi bagaimana dan mengapa tanggapan itu boleh timbul, saya pun tidak pasti. Setahu saya, ada sesuatu yang menarik saya untuk mempelajari ilmu tasauff ini, maka saya pun menceburinya.

bermulanya saya dengan ilmu tauhid, Ilmu yang paling tinggi dan paling aula dipelajari. Ianya Fardhu Ain bagi orang yang mukallah iaitu

1. Islam

2. Berakal

3. Baligh

sejenak kita mengenali apa itu yang dinamakan Islam, berakal dan baligh

– Tanda-tanda seseorang itu islam adalah pada rukun islam yang pertama iaitu Syahadah. Bilamana seseorang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dan mengetahui akan maksudnya serta memahami. maka Islamlah dia.

-Tanda-tanda seseorang itu berakal, adalah bilamana dirinya mampu untuk membezakan diantara yang baik dengan yang jahat.

-Tanda-tanda seseorang itu baligh, saya rasa kita semua sudah sedia maklum

Jikalau kita memiliki akan ketiga-tiga ciri-ciri di atas, maka diwajibkan ke atas kita kewajipan untuk mempelajarinya..Ianya WAJIB. Lalu saya pun terus mempelajari ilmu tauhid dalam masa yang sama saya sedikit demi sedikit mula mengenali tasauff.  Mungkin ketika itu saya sungguh teruja untuk mempelajari tasauff tapi di atas saranan dan nasihat guru saya, maka saya dahulukan mempelajari Ilmu usuluddin.

Ilmu tauhid ini begitu menarik untuk dipelajari, mungkin ada sesetengah pendapat berfikiran, ilmu usuluddin ini memakan masa terlalu lama untuk mempelajarinya, namun pada saya dengan guru yang betul2 ahli dan dengan ketekunan dan kesungguhan, hanya mengambil masa 1 bulan untuk habis.

Ilmu usuluddin ini dipecahkan kepada 3 peringkat

1- Usuluddin mubtadi

2-Usuluddin mutawwasit

3-Usuluddin Muntahi

Usuluddin mubtadi juga dinamakan sebagai usuluddin peringkat rendah, cukup mengetahui akan 50 aqidul Iman beserta dengan dalil-dalil aqli serta naqli

Usuluddin metawwasit pula dinamakan sebagai usuluddin peringkat pertengahan, pada peringkat ini, akan di ajaarkan keseluruhan sifat wajib bagi Allah menjadi 4 bahagian sifat iaitu sifat nafsiah, sifat salbiah, sifat maani dan sifat maanawiyah… dari situ maka akan mudah lagi untuk mengetahui esanya Allah pada sifat dan kaitan dengan afaal Allah.

Usuluddin Muntahi pula dinamakan sebagai Usuluddin Peringkat tertinggi. Diperingkat ini akan diajarkan apakah yang dinamakan sifat istighna dan iftikar Illaihi, serta diajarkan Usuluddin secara tafsilli.

Mungkin ada yang tidak percaya ianya mampu untuk dipelajari dalam masa sebulan,tetapi kaedah mempelajarinya bukanlah sepertimana di Universiti tetapi ianya dengan kaedah konvensional, mempelajarinya dengan bertentang 4 mata diantara pelajar dengan guru…tetapi kaedah sebegini tiada sijil ataupun pengiktirafan dari mane-mana pihak, tetapi ilmu yang didalamnya sukar untuk disesatkan kerana ianya memang telah diskemakan diserata dunia, namun kaedah mempelajarinya sahaja berbeza.

Maka selepas Ilmu tauhid, saya mula berjinak-jinak dengan Ilmu tasauff, Ilmu tasauff sebenarnya adalah suatu wadah didalam menjelaskan akan ihsan terhadap Allah. Pada dasarnya ianya wajib dipelajari oleh Umat Islam, kerana Ihsan itu adalah sebahagian dari rukun agama. Iman, Islam dan Ihsan. Namun sejak akhir-akhir ini, Ihsan ini semakin disalah ertikan oleh masyarakat, sukar untuk mencari mereka yang memahami akan kepentingan Ihsan, adakalanya “Ihsan” itu pun tidak pernah didengari. silibus pelajaran di sekolah pun tidak dititik beratkan, mungkin ada pemikir-pemikir Islam yang berpendapat ilmu Ihsan ini sukar untuk difahami, dengan itu ianya tidak perlu diletakkan didalam silibus matapelajaran di sekoalah mahupun di Universiti.

Sepanjang penglibatan saya, Ilmu tasauff ini bukanlah seperti yang diketahui Umum, dengan guru yang betul serta ikhlas insyaAllah ianya amat mudah difahami. Jikalau tiada Ilmu tasauff ini, sukar untuk saya memahami akan IHSAN itu sendiri…

Ihsan itu adalah beribadat lah kamu Seolah-olah kamu melihat Allah, jika tidak mampu yakinlah Allah melihat kamu.


Tindakan

Information

6 responses

3 07 2009
halimlinaafiq

SALAM,

BILA TERBACA BLOG SAUDARA SAYA TERTARIK UNTUK BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT.SAYA TIADA LATARBELAKANG PENGAJIAN ISLAM & MENGAJI PONDOK ,BIDANG SAYA ADALAH SEORANG SENIBINA.YA, BERDASARKAN DALIL QURAN, HADIS SUDAH JELAS.PADA MASA RASULULLAH ‘TASAUF’ XADA TAPI DIKENALI SEBAGAI IHSANUDDIN(HADIS).INTIPATINYA TETAP SAMA.TETAP TASAUF.XBERUBAH, YG TU JUGAK.IANYA MENUNJUKKAN KESEMPURNAAN AGAMA.3 SERANGKAI YA XBOLEH DIPISAH-PISAHKAN SELAIN ILMU TAUHID & FEQAH.PERLU SERENTAK KE-3NYA.DR SEGI SISTEMNYA MEMANG TAUHID/USULUDDIN DULU LAH. KALAU NABI MUHAMMAD SAW SELAMA 13 TAHUN MENYEBAR TAUHID SAJA DI MEKAH, APATAH LAGI KITA NI UMAT AKHIR ZAMAN? TAPI APA DAH JADI DGN AKIDAH UMAT ISLAM ZAMAN SEKARANG TERMASUK SAYA SENDIRI? APA MAKSUDNYA SEORANG ISLAM YG BERIMAN? ADAKAH SETIAP MUSLIM ITU SEMESTINYA BERIMAN? APA MAKSUD IMAN & ISLAM ITU? BELUM BERBICARA LAGI PASAL IHSAN.

APA DAH JADI DENGAN ANAK-ANAK KITA, ADAKAH BAB TAUHID INI TELAH DITERAPKAN SEJAK KECIL? YG TAKUTNYA JADI MAJUSI, NASRANI ATAU YAHUDI, ATAU TERMASUK DLM YG 72 PUAK YG RASULULLAH BERITAHU DALAM HADIS. HAL TAUHID NI BILA RASULULLAH DILANTIK JADI RASUL KETIKA BERUMUR 40 TAHUN, TERUS SAJA MEMBANGUNKAN AKIDAH TAUHID SEHINGGA 13 TAHUN.TAPI PD ZAMAN NABI DIPANGGIL ILMU KALAM.TAK ADA SIFAT 20 MACAM KITA SEKARANG.SEBAB SEORANG ULAMA BERNAMA IMAM ASYAARI MULA MENYUSUN PD ABAD KE3 HIJRAH KALAU XSILAP.PD ZAMAN TU NABI ADA, TIADA MUSHKIL PARA SAHABAT BERTANYA KPD NABI SAW.

KALAU TAK TAHU SIFAT 20, ADA CARA LAIN LAGI KAH UNTUK MENGESAHKAN IMAN.KITA UMAT SEKARANG BOLEH KAH FAHAM & AMAL KE KESELURUHAN 6666 AYAT AL QURAN ITU?ATAU ADA HADIS LAGI?SAH DAH, MEMANG TAK MAMPU DAH.INI PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH ORANGRAMAI UMAT ISLAM MASA KINI.

OK. MENYENTUH PENGAJIAN USULUDDIN SAYA DENGAN GURU SAYA, TAK LARI JAUH BERBANDING PENGAJIAN SAUDARA. CUMA PD PERINGKAT MUTAWASSIT KEFAHAMAN ILMU TAUHID NI, ORANG PD PERINGKAT INI FAHAM TAUHID DGN SIFAT ISTIGHNA & IFTIQAR KEMUDIAN ADA LAGI SIFAT TAKLUK. PADA PERINGKAT MUNTAHI, BUKAN LAGI ISTIGHNA-IFTIQAR TAPI BEREDAR PADA SIFAT JAMAL-JALAL-QAHHAR-KAMAL. ORANG MENGAJI PERINGKAT MUBTADI FAHAM, LANCAR FASIH IQAIDUL IMAN 50.

JADI, PADA PERINGKAT MUBTADI & MUTAWASSIT ORANG FAHAM KALIMAH LAILAHAILLAH DENGAN NAFI-ISBAT.PADA PERINGKAT MUNTAHI PULA ORANG PD PERINGKAT INI FAHAM KALIMAH DGN NAFI-MUNFI-ISBAT-MUSBAT.

INI PENGAJIAN SAYA.APA KOMEN SAUDARA.KALAU SYA ADA SILAP SAYA BERSEDIA UNTUK DITEGUR,MAKLUMLAH SAYA PUN SEDANG MENGAJI JUGA.SATU LAGI HAL, BILA KITA MENGAJI TAUHID INI NAK BAWAK KE MANA? APA HUBUNGKAIT DENGAN IBADAH DAN AKHLAK? TAUHID IBARAT BENIH, NABI TANAM BENIH SELAMA 13 TAHUN, MACAM KITA PULA BENIH PUN ENTAH KE MANA, MAKSUDNYA SAYA EMPUNYA DIRI LE.JADI MACAMANA NAK TUMBUH AKAR TUNJANG, BATANG, CABANG, DAUN BUNGA & BUAH? APA YANG DIMAKSUDKAN PULA DENGAN FAHAM-LANCAR-FASIH-MAHIR IQAIDUL IMAN 50? KALAU DAH ADA SIAPA YANG BOLEH MENGESAHKANNYA? SIAPA YANG AKAN SEMAK SEMUANYA NI? KALAU TAK BEGITU APA JAMINAN NAK DAPATKAN IKTIKAD YANG SAHIH TAK BERCAMPUR BIDAAH. YAKIN, BUKAN ZAN, SYAK, WAHAM & JAHIL.YAKIN SAJA DITERIMA ALLAH SWT.

KEMUDIAN ADA LAGI IKTIKAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH? INI SATU BAB NAK KENA TAHU JUGA. BUKAN SENANG YE NAK FAHAM MENGAJI NI. TAPI HAL DUNIA SERBA SERBI KITA SERBA BOLEH MAMPU BOLEH? HAL MENGAJI(TAUHID) SAYA GAGAL.INI TERKENA PADA SAYA SENDIRI. DI SINILAH BERMULANYA PROSES MUHASABAH DIRI.

OK. KATA GURU SAYA BILA UMAT ISLAM TIDAK BERIMAN SEBAB TAK TAHU DAN MENGAJI IQAIDUL IMAN 50 AKAN SESATLAH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. JADI MACAMMANA KITA NAK BERKAT, MACAM MANA UMAT ISLAM NAK DAPAT PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH SWT? KALAU UMAT PADA ZAMAN NABI NUH,UMAT ISLAM SYIRIK JALI KERANA MENYEMBAH BERHALA DATANG BALA’BANJIR BESAR SAMPAI TENGGELAM DUNIA.JADI UMAT NABI MUHAMMAD ZAMAN SEKARANG SYIRIK KHAFI KERANA TIADA MENGISBATKAN PERBUATAN ALLAH,INI AKU PUNYA, INI AKU BUAT, SI ANU BERKUASA, ORANG ITU PANDAI, ORANG ITU-INI TANPA MENGESAKAN ALLAH SWT.INI YANG SAYA TAKUT TERJADI KEPADA KITA SENDIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT.

JADI SAYA NAK BERUNDUR DIRI, MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA KERANA CARA SAYA MEMANG BEGINI DAH, SAYA BERCAKAP HITAM PUTIH TAK NAK BERSELINDUNG.PASAL KEIMANAN INI SAYA SUKA BERTERUS TERANG.JIKA ADA KESALAHAN SAYA MEMOHON KEAMPUNAN DR ALLAH SWT, KITA XSUNYI SALAH-SILAP. WALLAHUALAM.

3 07 2009
halimlinaafiq

Salam,

Saya ambil kesempatan di sini untuk bertukar-tukar pendapat. Apa yang saya pelajari Ilmu Usuluddin ialah pada peringkat Mubtadi – kefahaman pada peringkat ini iaitu fasih iqaidul Iman 50 serta Sifat Nafsiah, Salbiah, Maani & Maknawiah. Pada peringkat Mutawassit – faham Sifat istighna & Iftiqhar serta Sifat Takluk. Sementara pada peringkat Muntahi pula – beredar pada Sifat JALAL-JAMAL-QAHHAR-KAMAL.Wallahualam.

4 07 2009
khalifah_04

Tiada menjadi kesalahan, kerana itu bergantung kepada method yang diketengahkan oleh guru sedara, setahu saya, jalal, jamal, qahar dan kamal ini sudah memasuki juzuk-juzuk ilmu tasawuff…kebanyakan kitab-kitab usuluddin yang telah saya baca semuanya paling tinggi sifat-sifat istighnar, dan perbahasan 4 sifat allah, jalal, jamal, qahar dan kamal itu saya temui didalam ruang lingkup ilmu tasawuff….

4 07 2009
halimlinaafiq

Salam,

Ye, betul la tu saudara. Pengajian Usuluddin paling tinggi sampai Istighna-Iftiqhar. Ini peringkat mutawassit. Jadi, peringkat muntahi dah masuk bab Tasauf dah. Golongan ini berbicara Jamal-Jalal-Qahhar-Kamal, tiada lagi Istighna-Iftiqar. Apa yang hendak dimaksudkan oleh saya ialah TINGKATAN TAUHID, oleh ketiga-tiga golongan tadi. Sebab matlamatnya akhirnya ialah TAUHID, bukan lagi Usuluddin, Feqah & Tasauf. Tujuan ke-3 ilmu tadi kesudahannya bagi kami ialah untuk menTAUHIDkan Allah swt. Tiada lain daripada itu. Dalam sembahyang nak capai tauhid & bila nak mati pun semoga akhir kalam dapat mengucap Kalimah Lailahaillallah yang juga dipanggil KALIMAH TAUHID… Wallahualam.

6 07 2009
didunia

Maaflah saya tidak membalas reply sedara yang pertama itu, bukan xde masa tapi persoalan yang dikemukan memerlukan penelitian dari saya.

Jika sedara ada kelapangan membaca kisah imam alghazali, sedara akan mengerti pembelajaran tauhid yang manakah yang paling berkesan bagi menyucikan akidah dan pegangan kita.

Dan akhir sekali yang dipegang oleh imam alghazali adalah tasawuff. Tetapi dalam masa yang sama imam alghazali juga ulamak usuluddin(ilmu kalam) yang tersohor ketika itu, namun pengkajian demi pengkajian telah beliau lakukan maka yang paling murni adalah ilmu tasawuff….

Benar, dahulu pada zaman rasulullah tiada pun nama tasawuff namun isi ilmu tasawuff ada di ajarkan oleh rasulullah kepada para sahabat. natijah dari ilmu tasawuff terhasillah sifat-sifat mahmudah yang mana menycuikan sifat-sfat mazmmummah. Sifat-sifat mazmummah ini dikenali juga sebagai syirik yang halus, maka untuk menyelesaikan syirik ini perlunya kefahaman ilmu tauhid yang terdapat didalam pengajaran tasawuff….

dan saya juga berpegang ilmu tasawuff didalamnya terkandung fikh, tauhid dan akhlak”, kehadiran ilmu tasawuff menggabungkan ketiga-tiga eleman ini. Didalam tasawuff tiada takwilan yang diketengahkan oleh ilmu usuluddin. Namun ilmu usuluddin amat penting dipelajari yang menjadi asas ilmu tauhid sahaja bagi menundukkan akal yang liar.

Berkenaan kaitan antara tauhid didalam ibadah akan saya buat satu artikel baru sebabkan ianya saya rasakan panjang. wallahua’lam

31 03 2012
Ery Permana Erie

Inti nya smua menuju kesatu Ya ITU ALLLAH.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: