Kaitan Tauhid dalam Ibadah

6 07 2009

Ilmu Tauhid bukan sahaja perlu di ketahui dan di pelajari namun ianya perlu di amalkan didalam kehidupan seharian. Disini saya tidak akan menceritakan bagaimanakan caranya untuk mengamalkan tauhid kerana saya bukanlah seorang yang layak untuk menjelaskannya, maka bagi sesiapa yang berkehendak, maka carilah guru yang berkelayakan kerana setahu saya guru yang benar-benar layak dikenali juga sebagai guru mursyid.

Ilmu tauhid jika mahu diamalkan, pengamalan itu terkandung did dalam ilmu tasawuff kerana ilmu usuluddin yang di asaskan oleh imam ashaari dan al muturudi tiada pun kaedah untuk mengamalkan tauhid. Ianya sekadar ilmu, dan sesuatu ilmu yang tidak dapat di amalkan nyatalah ianya sia-sia belaka, kerana ilmu itu sekadar menjadikan kita menang di kedai kopi semata-mata, namun bila keseorangan kita tidak dapat pun manfaat dari pembelajaran ilmu tersebut. Maka mencari ilmu biarlah beserta dengan amalannya sekali.

Bilamana tauhid itu di amalkan didalam kehidupan seharian, maka natijah dari itu akhlak kita akan menjadi baik. Sehingga membentuk suatu perkataan didalam diri kita iaitu “tiada daya upaya ku melainkan kekusaan Allah” , kata-kata ini bukan lah boleh menjadi skema, namun ianya terhasil dari pengamalan tauhid yang berkesan dan istiqamah. Tidak boleh di buat-buat.

Ibadah ini dapat dikaitkan seawal kita mentauhidkan Allah pada perbuatan lagi. Kerana bila kita menyakini geak dan diam itu perbuatan Allah, dan allah mampu membuat kita masuk ke syurga. Maka kewajiban kita untuk mendapatkan rahmat Allah. Dan rahmat Allah hanya di perolehi apabila kita mentaati saranan Allah dan juga rasul nya. Maka saranan itu terkandung didalam Alquran dan Assunnah. Dan bilamana kita memahami akan mudahlah kita melakukan ibadah dengan senang hati serta ikhlas.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat. Wallahua’lam


Tindakan

Information

2 responses

6 07 2009
halimlinaafiq

salam,

Ya, Imam Ghazali ada mengatakan dalam Risalah Hai Anak bahawa walau seratus tahun kita menuntut ilmu dan seribu kitab dihimpunkan tetapi kita belum bersedia menerima rahmat Allah melainkan setelah beramal. Katanya lagi, ilmu tanpa amal itu sia-sia dan amal tanpa ilmu namanya gila.

Jadi saya menyedari hakikat tersebut. Maka hendak diamalkan ilmu itu semestilah dengan bimbingan Guru Mursyid Murabbi Arwah. Jika tidak syaitanlah akan menjadi gurunya. Syaitan Kazab dan Khannas diantaranya yang kerjanya menganggu orang dalam sembahyang iaitu orang yang belum memperolehi NUR ketakwaan dan TAUHID ULUHIYYAH. Wallahualam.

1 05 2010
didunia

Salam..

Lama sudah tidak saya masuk laman blog yang ini..ingatkan dah dipadam rupanya ada lagi…maafkan saya jika lambat untuk membalas…

untuk mempelajari ilmu tasawuff mahu atau tidak perlulah dipelajari dengan guru yang benar-benar ariff lagi mursyid. Sukar rasanya untuk memahami aliran pemikiran tasawuff dan mengamalkan tanpa kehadiran guru yang benar.

Ilmu tanpa amal sia-sia…amal tanpa ilmu sesat…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: