Syurga dan Neraka

4 05 2010

Kedua-dua nama ini sebenarnya begitu mempengaruhi kehidupan umat islam di atas muka bumi ini. Kehadirannya kadangkala mendatangkan kegelisahan bagi mereka yang sentiasa dibelengu kemaksiatan dan kelalaian. Dan bagi mereka yang sentiasa berada didalam keimanan dan ketakwaan. Syurga merupakan khabar berita gembira buat mereka.

Jika diberi pilihan untuk memilih antara keduanya, sudah tentu Syurga lah yang akan menjadi pilihan kita semua. Isi syurga yang akan membuatkan kita terpesona dan bahagia apabila berada di sana. Dengan layanan bidadari dan aliran sungai yang memiliki kesedapan yang tidak terperi hingganya. Dan neraka pula keperitan dan kesakitan dibakar dan dipanggang hidup-hidup membuatkan kita merasa gerun jikalau dimasukkan ke sana.

Tetapi harus diingat, kadangkala kedua-dua simbol ini boleh jadi menjadi hijab kita kepada Allah. Syurga dan neraka adalah hadiah dan hukuman tetapi ianya bukan suatu matlamat utama.

Perlu ingat “Solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata ditujukan kepada Allah yang menguasai Alam semesta” bukan sebab nak masuk syurga ataupun menghindari neraka.

Dan kita memasuki syurga bukan disebabkan amalan kita tetapi disebabkan rahmat Allah. Waima Nabi Muhammad sekalipun. oleh itu perbetulkan niat dan matlamat kita didalam perjalanan menuju Allah. Wallahua’lam


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: