Tingkatan Tauhid

4 07 2009

Tauhid seperti yang sedia maklum adalah menyatakan ketunggalan Allah serta menafikan yang lain daripada NYA. Tauhid perkara yang perlu dititik beratkan oleh seluruh manusia yang mengaku beragama islam kerana tunjang keislaman seseorang itu adalah tauhid. Dan Tauhid itu membenteng seorang muslim itu dari mensyirikkan Allah samda didalam keadaan sedar mahupun tidak. Jika kita tidak mengerti akan makna tauhid yang sebenar, mana mungkin kita mampu melepasi syirik jail, syirik khafi mahupun syirik khafi ul khafi.

Namun syirik tidak akan terhukum pada mereka yang jahil, namun kejahilan mereka ini akan menjadikan mereka berada didalam keadaan berdosa kerana mereka telah mengabaikan kewajiban menuntut ilmu, dan setinggi-tinggi ilmu adalah ilmu tauhid. Mereka tidak mengerti akan fikh awlawiyat.

Imam Al Ghazali menerangkan didalam buku agungnya iaitu ilhya’ Ulumuddin bahawasanya tauhid ada 4 Tingkatan

  1. Tauhid orang jahil
  2. Tauhid orang awam
  3. Tauhid orang khawas
  4. Tauhid orang khawas ul khawas

Tauhid orang jahil

Mereka ini bertauhid pada lisan semata-mata, ianya sekadar mengelak dari caci makian duniawi sahaja. Namun hati mereka ini lalai atau memungkirinya seperti tauhid orang-orang munafik.

Tauhid orang awam

Dibenarkan pada hati mereka akan makna lafal yang sebagaimana dibenarkan oleh umat islam secara umumnya. Dan tingkatan ini juga terkandung ilmu kalam.(ilmu usuluddin)

Tauhid khawas

Bahawa di persaksikan yang demikian dengan jalan kasyaff (terbuka hijab), dengan perantaraan nur kebesaran (nurul haq), iaitu maqam orang –orang muqarrabin. Yang demikian, dengan dilihatnya segala yang banyak itu datang dari allah tuhan yang maha esa. (shuhudul kasrah fil wahdah), pada ketika ini mereka mentauhidkan allah pada af’al dan sifat melalui jalan mursyahadah.

Tauhid khawas ul khawas

Bahawa tiada dilihatnya pada yang ada (pada wujud), selain Yang Maha Esa. Maka tiada dilihatnya juga akan dirinya sendiri. Apabila ia tidak melihat dirinya sendiri, kerana tenggelam dengan tauhid, nescaya ia fana (binasa kesedaran) dari dirinya sendiri ke dalam tauhidnya. Dengan Erti bahawa dia telah fana daripada melihat dirinya dan makhluk. Kefahaman ini juga dinamakan fahaman wahdatul wujud. Dan inilah penghabisan Tauhid.

(Sumber dari Kitab Ilhya Ulumuddin oleh imam ghazali terjemahan Prof TK H. Ismail Yakub SH; MA. Jilid 7, ms 282)

Maka disini, jelaslah akan tingkatan tauhid menurut pandangan imam alghazali yang mana ulamak ahli sunnah wal jamaah yang tersohor. Maka saguia mereka yang Berjaya menggapai tauhid khawas ul khawas.    Wallahua’lam


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: