Kewajiban Mengenal Allah

6 09 2008

Salam kepada hadirin sekalian…

bertemu kita lagi, walaupun tiada siapa pun yang membaca blog saya nie, namun tetap juga saya mahu berkongsikan sedikit pendapat…

ok, kita sedia maklum, pengenalan kepada allah itu adalah suatu perkara yang amat dititik beratkan didalam agama, kerana apa, tanpa mengenal allah mana mungkin kita mampu mentaatinya…dan kita diwajibkan mengenal allah terlebih dahulu atau terlebih aula mempelajari apa jenis ilmu yang mengenal allah, kerana mengenal allah itu adalah suatu jalan yang menuju untuk mengesakan allah pada af’al, asma’, sifat dan zat…tanpa mengenali allah, ketauhidan kita tidak akan menuju kepada kesempurnaan…..

terlebih dahulu, kita kena pastikan akan dalil yang mengatakan mengenal allah itu adalah perkara yang paling penting dari segalanya, sukar juga untuk menemui hadis sebegini, namun berkat petunjuk dari allah dengan qudrat dan iradatnya, di blog ini akan terhurailah dalil yang disebutkan di atas….

“……..Pertama-tama , ajaklah mereka menyembah Allah, Apabila mereka telah mengenal Allah, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat 5 kali sehari semalam…….”(Untuk hadis yang penuh layari laman ini Galeri Hadis )

Secara logiknya , diumpamakan kita sedang bekerja, dan kita tidak mengenali bos kita , kadangkala bos kita lalu depan kita pun kita xkenal, dan yang lebih dikhuatirkan kita akan menganggap orang lain adalah bos, tentulah bos kita akan marah, dia yang beri gaji kepada kita, orang lain yang mendapat pujian, begitulah hal nya dengan ALlah…

moga sedikit penerangan ini dapat menghuraikan sedikit sebanyak kepentingan mengenal Allah, dalil aqli dan naqli dah diberikan…sekian

http://www.bicaraaddin.com


Tindakan

Information

4 responses

3 07 2009
halimlinaafiq

SALAM,

HADIS SAW YANG BERMAKSUD – “AWAL-AWAL AGAMA IALAH MENGENAL ALLAH SWT”. (RUJUK KITAB SIFAT 20 AWALUDDIN MAKRIFATULLAH, USTAZ SALEHUDDIN).

4 07 2009
didunia

Salam

Hadis ini ada sesetengah orang meragui akan kesahihannya, mka disini saya meletakkan sesuatu hadis yang benar-benar sahih dan terdapat didalam sahih bukhary yang mana tidak dapat dipertikaikan lagi…..

4 07 2009
halimlinaafiq

Salam,
Hadis sahih bukhary yang mana tu? Memang ada khilaf pendapat. Setengah mengatakan bukan hadis tapi kata Yahya Ibnu Muaz. Walaubagaimana pun mengikut guru saya ada hadis lagi yang berbunyi-“Awal-awal wajib atas manusia mengenal Allah dengan yakin”. Wallahualam.

6 07 2009
didunia

ops, bukan bukhary tetapi dalil yang saya ketengahkan di atas adalah dari sahih muslim. Yupp, itu yang untuk diketengahkan dalil “awal-awal beragama itu mengenal Allah ” sukar untuk dilakukan kerana ada sesetengah masyarakat telah melihatnya sebagai dalil yang bukan hadis.

Oleh itu saya mengetengahkan dalil yang tidak dapat disangkal lagi. Supaya “mengenal Allah” ini adalah perkara yang paling utama dari segala hal.

Kini bagi menaikkan ilmu tasawuff, kita seharusnya memiliki dalil yang benar-benar sahih samda alqruan mahupun hadis …. supaya golonngan yang menolak tasawuff tidak mampu lagi mencari kelemahan kita, kerana kita berpegang dengan dua sumber yang kukuh.

Tinggalkan Jawapan kepada didunia Batal balasan