Benarkah Orang Kafir mempunyai Tauhid Rububiyah

13 08 2008

Disini saya akan memperhalusi berkenaan tajuk diatas dengan lebih mudah dan ringkas berdasarkan apa yang saya faham dan pelajari…

Secara umumnya mereka yang mengatakan Orang kafir itu mempunyai tauhid rububiyah berdasarkan ayat alquran yang berbunyi

“Ertinya : Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan….”( Surah Luqman:25)

benar ayat di atas, dan benar orang kafir pun mengakui yang allah yang menjadikan langit dan bumi…namun adakah ini bukti yang mengatakan mereka mempunyai tauhid rububiyah….????

pertama sekali, mari kita selesaikan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan tauhid??

Tauhid itu bermaksud Esa, ertikata lain mengesakan allah dengan segala sesuatu, membenarkan allah itu tuhan dan pada masa yang sama menafikan kewujudan tuhan selain allah….

kelihatan bukan, adakah ciri-ciri yang saya highlightkan di atas dimiliki oleh orang-orang kafir, tepuk dada tanya iman masing-masing….

hanya orang islam yang memiliki tauhid…bukan pada orang kafir, insyaAllah huraian serba ringkas ini menjawab persoalan yang di utarakan…wallahua’lam


Tindakan

Information

5 responses

3 07 2009
halimlinaafiq

SALAM,

PADA PENDAPAT SAYA ORANG KAFIR WALAUPUN MEREKA PERCAYA KEPADA ALLAH SWT TETAPI KEPERCAYAAN MEREKA TIDAK DAPAT DISAHIHKAN KERANA TIDAK MUAFAKAT DENGAN HAQ. MAKSUDNYA MEREKA MENGAMBARKAN TUHAN DENGAN BERMACAM-MACAM BENTUK, ADA BERKAKI BERTANGAN, ADA KEPALA, ADA ANAK DAN SEBAGAINYA. JADI,MACAM MANA NAK KATAKAN BERTAUHID? MEREKA MENYAMAKAN ALLAH SWT SEPERTI MAKHLUK SEDANGKAN ALLAH ITU BERSALAHAN DENGAN YANG BAHARU SEBAGAIMANA FIRMAN -‘TIADA ALLAH TAALA ITU SEUMPAMA SESUATU”. SYARAT BERTAUHID DAN MENGESAHKAN IMAN ITU ADA 4 :1) PERCAYA, 2) YAKIN, 3) JAZAM YANG PUTUS, 4) MUAFAKAT DENGAN HAQ.WALLAHUALAM.

4 07 2009
didunia

Benar sedara, Allah itu tidak menyerupai segaa sesuatu, disini saya ingin highlightkan yang orang kafir itu telah gagal didalam perkara tauhid, dan sehubungan dengan itu, mana mungkin mereka ini memiliki tauhid rububiyah….

5 07 2009
halimlinaafiq

Satu lagi orang kafir mereka percaya Allah, tapi mereka tak tahu kalimah tauhid & Iqaidul Iman 50. Jadi kepercayaan mereka kosong dan hampa, pada nama sahaja. Maka kepercayaan begini tidak akan membawa kepada YAKIN & JAZAM QATEI. Dan lagi tak dapat hendak TASDIQ terhadap kalimah. Begitu jugalah dengan orang islam jika tak tahu Iqaidul Iman 50, apa bezanya? Islam pada nama sajalah. Atau islam nasab keturunan. Wallahualam…

6 07 2009
didunia

Syarat sah tauhid itu perlu di penuhi, kewajarannya pada kita yang mempelajari ilmu tauhid. Menilai diri kita adakah muafakat ulamak, bersumberkan al quran dan hadith mahupun keyakinan yang jazam.

6 07 2009
halimlinaafiq

Salam,

Jadi, bila 4 syarat pengenalan kepada Allah swt iaitu :

1) Percaya,

2) Jazam Qatei dengan keyakinan yang kental,

3) Muafakat dengan Haq-kepercayaan yang selari dengan sebenar,

4) Berdalil Aqli & Naqli,

maka, orang-orang kafir tiada memenuhi keempat-empat syarat tadi. Mereka hanya percaya tapi gagal terhadap syarat no. 2,3 & 4. Sebab itulah mereka menjadi sesat dan syirik. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: