Abu Yazid Bustami

20 02 2008

di petik dari buku “melihat allah” halaman ke 34, 35 & 36, karanganDr. Musthafa Mahmood

Adapun mengenai “Ditegakkan berdiri di antara kedua tanganNya”, maka Imam Alghazali di dalam Ilhya’ nya membawakan apa yang serupa tulisan AL Imam An-Nafiri, yakni dijilid ke 4 halaman 345 yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Maisir Thaib dkk. Dalam jilid ke 11 hal. 497-498 yang diterbitkan oleh Pustaka Indonesia-Medan yang berbunyi;

Diceritakan oleh Yahya bin Mu’adz, bahwa dia pernah mendampingi Abu Yazid dalam salah satu “pemusatan rasa” di bidang Mursyahadah (Penyaksian), yang mana beliau selepas selesai sembahyang isyak, duduk bersimpuh dengan kedua tumit dinaikkan, seraya dagu dirapatkan ke dada, dan rapat ke muka, berjam-jam lamanya sehingga terbit fajar di waktu subuh!

Pada saat itu beliau lalu sujud lama sekali kemudian duduk kembali dan berdoa ” Wahai Tuhanku, ada orang-orang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniakankesanggupan berjalan di atas air bahkan di udara, dan mereka berasa puas dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.

Ada pula orang-orang yang bermohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai ilmu berjalan cepat seperti angin, dan Mereka senang dengan ini. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari hal-hal begini.

Ada pula orang-orang yang memohon kepadaMu, lalu Engkau kurniai perbendaharaan bumi, dan Merekapun berasa senang dengannya. Tetapi daku berlindung kepadaMu dari emas-intan ini!

Begitu halnya, sampai beliau hitung lebih dua puluh macam keramat para Wali, kemudian beliau menoleh dan ketika terpandang kepadaku, beliau bertanya: Sejak bila anda berada di sini?

Jawabku: Sejak tadi! Beliaupun kembali berdiam diri lalu ujarku: Sudilah anda menceritakan sedikit kepadaku!

Jawab beliau: Kuberitakan kepadamu hal-hal yang sesuai dengan tarafmu: Daku diizinkan tuhan memasuki alam bawah, lalu aku diedarkan diorbit bahagian bawah, diperlihatkan kepadaku lapisan-lapisan bumi sampai kepusatnya, kemudian daku diizinkan Tuhan memasuki alam atas, lalu dibawa mengedar pelnagai orbit di langit tinggi, kemudian diperlihatkan kepadaku Taman-Taman Syurgawi sampai kesiktar Arasy. Akhirnya daku ditampilkan berdiri di antara kedua tanganNya dan Tuhan bertanya: Mohonkanlah kepadaku ap saja di antara segala yang telah nampak oleh mu itu, dan akan ku-beri! Jawabku: Wahai Tuhanku, tidak ada kulihat suatupun yang kusenangi dan akn kuminta kepadaMu!

Firman Tuhan: Andalah hambaku yang sebenarnya tulen. Anda menyembahku kerana Diriku semata-mata. Akan ku kurniai anda ini dan itu…. lalu disebutkan beliau hal ajaib.

Yahya meneruskan ceritanya:

-Daku merasa kagum dan gentar serta penuh rasa ajaib mendengar hal-hal itu, lalu ujarku: “Tuan Guru! kenapa tidak anda mohonkan saja keputusan ilmu Ma’rifah? Sedangkan Maharaja DIraja telah menegaskan ” Mintalah dan aku akan makbulkan”

Mendengar ini, beliaupun berteriak:

-Tutup mulutmu! Daku begitu mabuk cinta, sehingga merasa cemburu terhadap diriku sendiri dan tidak ingin Dia dikenal penuh selain DIA.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: